MAHIR PERTANIAN PINTAR INTAKE 4 MODUL 8 SESI 1 - KEPERLUAN BAJA

09 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 09 September 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 8 bertajuk “Keperluan Baja”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Pembelajaran Mahir Pertanian Pintar minggu ini, membincangkan kepentingan pengurusan nutrisi yang tepat bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang optimum dalam sistem pertanian moden. Peserta akan mempelajari fungsi elemen makro dan mikro yang diperlukan oleh tumbuhan, serta teknik penyediaan larutan baja AB yang seimbang mengikut fasa pertumbuhan daun, batang, dan buah. Selain itu, topik ini memberi penekanan kepada penggunaan alat pengukur digital seperti meter EC dan pH untuk memantau kepekatan nutrien dan tahap keasidan air, bagi memastikan tanaman mendapat bekalan baja yang cekap tanpa pembaziran atau risiko kerosakan akar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali